Pages

Tuesday 30 June 2015

LAST DAY PROMO

Hi.. LAST DAY PROMO!! Yang belum beli boleh dapatkannya hari ni ye ♡

===========================
Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit

•• Perlindungan dari Matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebasyang terhasil kerana kesan jemuran pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burndisebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulituntuk jangka masa panjang.

•• Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponan hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona kulit pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan  dan tanda penuaan.

•• Penyembuhan Luka

Badan yang menggunakan Vitamin C untukmenggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

•• Melindungi dari Perubahan Warna Kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine Dimers yang menjadi punca utama penghasilanmelanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalahjeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

•• Memperbaiki Tekstur Kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin Cmemperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

============================
Kebaikan Vitamin C untuk Rambut

•• Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia  adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa  untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan menganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut yang mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

•• Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tubuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-citi anti-viral.

•• Mengurangkan Keguguran Rambut

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kalenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

•• Rambut yang Lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

•• Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien  penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.

•• Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Ini baru kebaikan untuk kulit dan rambut tau.. Sebenarnya banyak lagi kebaikan.. Nak tahu lebih lanjut, jom amalkannya setiap hari!! Hanya 1-2biji sehari sahaja!!

** juga boleh dibuat masker

Order >> pm/sms/whatsapp 0123877388 sekarang!!

0 comments:

Post a Comment