Pages

Friday 13 May 2016

MIGHTY 3 GEM

Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini in sha Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.

Performance drink :
Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Energizing Soy Protein (ESP) :
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
Membekalkan tenaga.
Memberikan rasa kenyang.
Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
Membanyakkan susu badan (milkbooster).
Membantu mengekalkan kepejalan otot.
Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Meal Shakes :
Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

*** Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.
Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Jom amalkan gaya pemakanan sihat!! Dapatkan produk SHAKLEE dengan saya #pengedarsahshaklee

Liz Mohd
SID 960311
Whatsapp +60123877388


Read more...

Friday 6 May 2016

BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG

TESTIMONI : ZETI HAFIZA ZAKARIA

.
[ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ]

.

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.

.

Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

.

Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.

.

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.

.

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.

.

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.

.

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin).  Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.

.

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.

.

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.

.

Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja 'sludge' yang normal.

.

Alhamdulillah... Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.

.

Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.

Terima Kasih.

❤💐❤💐❤💐❤
#sayajual #pengedarsahshaklee
Liz Mohd
SID 960311
+60126167388


Read more...